


Langsir untuk Window

Langsir untuk Sliding door




Salam Sejahtera. Anda pasti akan tertarik dengan desain dan stail langsir dwiwarna yang di bawa oleh LangsirDD pada tahun 2022 ini. Keunikannya terletak pada dwiwarna yang matching dan hasilnya pasti akan memberi suasana yang ceria pada ruang tamu dan bilik-bilik anda.
Anda juga boleh menukar kedudukan langsir dwiwarna (atau stail color) dengan mengantikkan langsir di sebelah kiri dengan langsir di sebelah kanan atau sebaliknya.
Langsir Custom Made pada Harga Ready Made oleh LangsirDD. Anda akan belajar cara yang betul dan mudah untuk mengukur langsir anda di rumah sebelum menempah langsir online. Sila sediakan tape pengukur dan kertas dan pen untuk mencatat lebar dan labuh/ tinggi / panjang langsir.
Satu peringatan lebar langsir mesti lebih lebar daripada tingkap atau pintu sliding pada kiri kanan tingkap , minima 2 inci (5.08cm) sehingga 5 inci (12.7cm) di sebelah kiri tingkap dan 2 inci(5.08cm) sehingga 5 inci(12.7cm) di sebelah kanan tingkap. Untuk ketinggian LangsirDD menyediakan 4 jenis ukuran iaitu 87 inci (221cm) 95 inci(241cm), 105 inci (267cm) dan 116 inci(295cm).
FendyMojo tempah langsir @ LangsirDD
Saksikan abang premium kita beraksi. TikTok @ FendyMojo

Salam Sejahtera, terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman kami di LangsirDD. Kami disini berbangga dengan slogan kami yang berbunyi ‘Kini Kemampuan Semua’. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pelanggan atau customer kami terdiri daripada kakitangan kerajaan dan 30% daripada swasta. Ramai daripada mereka tinggal di Putrajaya (PPAM, Prima), Cyberjaya (Prima Selangorku), Shah Alam, Rawang, Kajang, Gombak, Cheras, dan Puncak Alam. Anda mungkin tertanya kenapa kami memberitahu demograpik pelanggan kami. Sebab kami ingin menyakinkan anda bahawa langsir kami bukan sahaja berjenama, berkualiti dan cantik malah sangat mampu dimiliki.
Dengan pengalaman melebihi 10 tahun, kami sangat peka kepada trending, fesyen, design dan juga warna dan kualiti fabrik yang kami impot dari luar negara seperti Turki dan Cina. Selain dari itu, kami juga mengetahui bahawa setiap konsumer apabila menempah kain langsir, perkara yang pertama yang dipertimbangkan adalah kos langisr dan pada masa yang sama mereka juga berharap untuk mendapatkan fabrik yang berjenama, kain yang berkualiti, design yang terkini dan akhirnya langsir yang cantik. Kesemua syarat ini kami dapat memenuhi. Fokus kami adalah KEMAMPUMILIKAN LANGSIR, KUALITI LANGSIR & PENGIKLANAN (dari mulut ke mulut, dan testimoni). Dengan kain fabrik yang berjenama, design moden bertema Nordic dan Minimalist, warna terbaharu 2021/22, keberatan fabrik minima 230 gram berserta bidang yang lebar, kami yakin dan pasti anda akan rasa puas hati dan bangga untuk memiliki LangsirDD.