• Promo@langsirdd.com.my
  • +60 11-6455 8759

Tips Untuk Menghias Rumah Anda.

Cara menghias rumah merupakan persoalan orang ramai. Kebanyakan customer kami, boleh dikatakan dalam linkungan
55% daripada mereka tinggal di Pangsapuri, Apartment ataupun
Kondominium.

Saya tahu ada customer yang segan untuk memberitahu kami
bahawa mereka hanya tinggal di rumah yang kecil sahaja dan bukan
rumah teres dan sebagainya. Saya selalu mengingatkan mereka kita
harus bersyukur jika mampu memiliki sebuah rumah tak kira saiz dan
jenis. Bagi saya, itu sudah sebuah pencapaiaan yang amat
membanggakan.

Rumahku Syurgaku. Ungkapan keramat ini memanifestasikan
bahawa pentingnya setiap ahli dalam sesebuah keluarga memainkan
peranan masing-masing dengan sebaik mungkin sehingga
menjelmakan kebahagiaan yang menjadikan rumah seumpama
syurga. Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia
dan diketahui umum bahawa sesebuah keluarga yang bahagia tidak
hanya wujud ataupun bergantung kepada saiz rumah kediaman kita.


Tanggapan Bungaloku Syurgaku adalah salah.

Baik, seterusnya mari kita ke topik cara menghias rumah anda. Anda
harus ingat bahawa cara dan stail menghiasi ruang tamu, bilik tidur
dan dapur di rumah anda jauh berbeza dengan rumah teres, semi D
ataupun bungalo. Bukan semua konsep dan tema yang cantik
dipandang dengan mata anda sesuai dengan kediaman anda.

Ruang tamu adalah salah satu Bilik atau Ruang yang paling
penting di dalam rumah, kerana di sinilah anda boleh menyatakan
statement anda secara peribadi – maka nama itu! Kebanyakan ruang
tamu perlu menjadi pelbagai fungsi dan mempunyai tempat duduk
yang cukup sesuai dan selesa untuk seluruh keluarga bersantai
meskipun apa jenis saiz ruang manapun.

Terdapat beberapa perkara khusus yang boleh anda lakukan
untuk menghiasi ruang tamu anda dan membuatnya kelihatan lebih
selesa dan luas dipandang.

6 Langkah yang Berkesan untuk menghias rumah anda.

Langkah 1

Pilih warna cat yang betul. Warna cat boleh mengubah bilik secara dramatik.
Bilik-bilik kecil perlu dicat dengan nada sejuk seperti Dusty Rose, Sand, Grey,
Turquoise, Baby Blue, dan Matcha. Sand adalah warna neutral yang hebat dan
kelihatan hebat di ruang tamu. Warna lembut dan ringan seperti Off White, Cream, Baby Blue akan membuatkan ruang yang kecil Nampak luas. Cat pada
siling harus lebih ringan daripada dinding untuk menjadikan bilik dan ruang tamu
lebih tinggi dan besar.

Langkah 2

Gantung langsir berhampiran siling dengan L-box. Disini langsir akan disorok
dibelakang L-box menjadikan ruang tamu kelihatan elegan dan luas dipandang.
Pilih langsir yang meregangkan atau labuh sehingga ke lantai. Langsir yang
meregangkan dari siling ke lantai membuat ilusi ketinggian.

Langkah 3

Untuk tempat duduk, harus beri keutamaan kepada saiz dan bukan astetik sofa
atau perabot tersebut. Hari ini banyak syarikat perabot membuat sofa bersaiz
kondo atau sofa apartmen. Gunakan gabungan satu sofa apartmen dan kerusi
dan setengah, atau kerusi. Dua sofa pangsapuri menghadap satu sama lain
dengan meja kopi di-antara juga boleh berfungsi dengan baik. Pertimbangkan
sofa atau kerusi tanpa arm-rest. Mereka akan membuat ruang rasa lebih terbuka.
Juga, pastikan anda tidak mempunyai terlalu banyak perabot kerana ini hanya
akan menyerabutkan ruang tamu kecil dan membuatnya rasa sempit dan panas.

Langkah 5

Buat titik fokus atau “Feature Wall” yang menyerlah. Menggunakan hiasan besar
nampaknya bertentangan dengan menghias ruang kecil, tetapi satu titik fokus
besar akan menambah gaya tanpa rasa serabut dan sempit. Salah satu seni
besar jauh lebih baik dari beberapa kepingan kecil, yang hanya akan berfungsi
untuk membuat perasaan yang tidak aman.

Langkah 6

Cuba dapatkan seorang pakar designer untuk membantu anda dari segi ‘Interior
Design’. Seseorang yang berpengalaman luas seperti LangsirDD
www.langsirdd.com.my sangat membantu dalam aspek ‘Space Management’
Pakar Pengurusan Ruang dan ‘Color Specialist’ Pakar dalam Penggambungan
Warna. Dengan pengalaman lebih daripada 11 tahun, LangsirDD telah menghiasi
tidak kurang daripada 4,000 unit rumah.

OLE OLE OCTOBER SALES , ONLY RM789 for 3 Rooms + Living Hall

JOM
X
×

Hello!

Welcome to LangsirDD, how can we help you?

× How can I help you?