• Promo@langsirdd.com.my
  • +60 11-6455 8759

Jenis kain untuk langsir

Apakah Jenis Kain Fabrik Yang Sesuai ?

Pasti ramai yang ingin tahu mengenai ciri-ciri pelbagai kain
fabrik di pasaran hari ini dan kesesuaian setiap satu apabila digantung
pada jendela atau pintu sliding rumah anda. Anda juga akan belajar
dari segi jenis bahan, ketahanan, ketebalan, keberatan, penyekatan
cahaya matahari, ciri hiasan, dan ciri ketahanan bakar /‘flammable’.
Asasnya ada tiga jenis bahan fabrik iaitu fabrik/kain semulajadi
(natural material), fabrik/kain tiruan (synthetic material) dan akhir
sekali fabrik/kain campuran (mixed material).
Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu jenis kain langsir yang
sangat popular iaitu Langsir Blackout, yang juga dipanggil Sun-out.

Jenis kain untuk langsir

Fabrik campuran

Blackout/ Sun-out adalah polyester fabrik (polyethylene
terephthalate) yang di perbuat daripada tenunan sintetik sebab ia
lebih bertahan dan kos pembuatannya tidak mahal. Fabrik polyester
berlapis dengan kelenturan yang sangat baik, telah menjadi popular
sejak beberapa tahun yang lalu. Fungsi utama langsir jenis Blackout/
Sun-out adalah untuk melindungi bilik dari panas dan cahaya matahari
yang cerah dan kadangkala terik.
Ciri lain kain langsir yang dipanggil Blackout/ Sun-out ini adalah kain
yang umumnya lebih berat dari kain langsir biasa, lembut dan beralun
tekstur kainnya. Kain ini juga ditenun dengan rapat dan banyak. Lapik
belakang kain ini sangat bagus dan baik menggunakan benang hitam.
Kain blackout adalah tebal dan tenunan serat tekstilnya rapat, kain
langsir blackout berfungsi khasnya sepertimana namanya dipanggil
(Blackout/ Sun-out), baik untuk menyekat dan menghalang cahaya
daripada menembusinya baik cahaya matahari dari luar kedalam
kediaman pada waktu siang atau cahaya lampu waktu malam dari
dalam rumah ke luar.
Tenunan dengan serat yang rapat dan banyak juga membantu
mengurangkan suara dan bunyi dari luar menembusi masuk ke dalam
bilik tidur atau ruang tamu. Dikatakan ia mampu menghalang 40%
bunyi daripada menembusinya. Kain material ini tahan lama. Jadi
walau pun harganya agak tinggi sedikit berbanding dengan dari
material langsir biasa seperti contohnya polyester jenis satin. Hayat

penggunaannya pun jauh lebih lama dan ia juga tidak mudah luntur
atau pudar.
Atas sebab inilah kain fabrik Blackout/ Sun-out jenis ini banyak
digunakan sebagai langsir atau di bilik-bilik hotel, dewan-dewan
seminar, bilik tidur mahupun ruang tamu kediaman. Akan tetapi kain
ini tidak sesuai untuk langsir bahagian dapur sebab ia mudah
menyerap udara odor di sekelilingnya. Langsir Blackout/ Sun-out yang
karakteristiknya halus dan sedikit licin menjadikannya senang di cuci
kerana habuk kotoran tidak mudah melekat padanya.
Material Blackout/ Sun-out yang tebal dan berat jika dibandingkan
dengan material biasa menyebabkan langsir ini nampak cantik dan
elegan apabila digantung pada jendela atau pintu sliding. Labuh-nya
nampak sangat rapi, terletak, tersusun dan kemas sebab keberatan
fabrik Blackout/ Sun-out ini adalah dalam lingkunan 230 gram
sehingga 260 gram. Dengan berat ini, langsir anda tidak kelihatan
melayang layang.
Walaupun namanya Blackout atau Sun-out ia bukanlah semata-mata
berwarna hitam atau gelap. Dari Album Nordic Minimalist terkini,
www.langsirDD.com.my anda boleh pilih tidak kurang daripada 80
design dan corak dan yang bertema Nordic. Tema Nordic adalah tema
yang trending menjelang tahun 2022.

Kebaikan

Penyekat haba yang sangat baik
Rintangan kepada cahaya matahari & sinaran UV
Kain yang berat
Bertahan lama
Mudah dicuci dan dijaga
Rintangan bunyi
Tidak berkedut
Kos langsir berpatutan

OLE OLE OCTOBER SALES , ONLY RM789 for 3 Rooms + Living Hall

JOM
X
×

Hello!

Welcome to LangsirDD, how can we help you?

× How can I help you?