• Promo@langsirdd.com.my
  • +60 11-6455 8759

Langsir terkini 2021

Pasti ramai yang nak tahu bagaimana untuk menghias rumah anda dan apakah langsir terkini 2021? Nasihat yang diberikan ini merupakan daripada professional designer kita yang telah lama dalam bidang langsir ini. Kita harap dengan nasihat yang kita berikan dapat membantu ramai pelanggan dekat luar sana yang mempunyai masalah dalam memelih langsir untuk rumah anda.

Selari dengan langsir terkini terkini, hiasan dalaman berkonsepkan moden seharusnya menjadi pilihan ramai pada masa kini. Gaya elegan, ringkas dan kemas dunia moden mampu menampilkan rumah idaman anda lebih menarik dan mengikuti trend terkini. Dari warna dinding, perabot dan paling penting, iaitu langsir, setiap satu darinya perlu menepati konsep moden menurut cita rasa anda agar hasilnya memuaskan hati.

1. LANGSIR MODEN DEKORASI TREND TERKINI BERKONSEPKAN BANDAR

Mungkin sesetengah orang sahaja yang menggunakan konsep ini, kerana mungkin ramai yang lebih suka dengan konsep kampung. Namun lain pula bagi mereka yang tinggal di bandar. Mereka merasakan konsep ini berani, kreatif dan luar biasa. Ini kerana pemilihan warna monokromatiknya menyerlahkan sisi bebas dan keras malah barang hiasannya juga berdasarkan pembinaan seperti aluminium, kayu dan batu bata.

Langsir bergaya Loft adalah pemilihan terbaik buat konsep bandar. Gaya Loft berasal dari abad 40an di Amerika Syarikat di mana ketika perindustrian kilang gergasi telah berpindah ke pinggir bandar. Ramai warga bandar mengambil kesempatan ini untuk menjadikan studio kreatif dan tempat tinggal tanpa mengubah ciri-ciri asal hiasannya.

Langsir Loft anda perlulah nampak sederhana dan semula jadi. Gaya klasik akan ini memang pilihan ramai yang berminat dengan konsep klasik. Warna-warna langsir yang biasa seperti kelabu, putih atau kuning cair sangatlah digalakkan. Pemilihan warna ini adalah untuk membenarkan cahaya matahari masuk lalu menyerlahkan ruang tamu rumah anda.

Selain itu, lengkapkannya dengan panel pemadaman dengan pilihan langsir Loft mendatar. Dengan ini, anda mampu mempunyai privasi sewaktu masa makan yang romantis bertemankan cahaya lilin.

2. LANGSIR MODEN DEKORASI ALA KONTEMPORARI

Hiasan dalaman kontemporari adalah dua perkara berbeza, tetapi berfungsi dengan sama dalam menekankan aspek segar dan terkini.  Konsep kontemporari sering menekankan perubahan mengikut arus trend terkini. Manakala, konsep terkini mempunyai nilai estetika tersendiri yang bercirikan warna neutral, hangat, seimbang dan segar. Namun begitu, kedua-duanya mempunyai elemen yang sama iaitu terkini.

Bagi pemilihan langsirnya pula, konsep ini sangat menitik beratkan perincian yang lebih ringkas, minimal, plain dan tidak terlalu bercorak. Selalunya, langsir eyelet dan French pleat menjadi pilihan popular bagi konsep moden kontemporari. Langsir eyelet mempunyai cincin besi yang besar pada kain bagi mengikatnya pada besi panjang tetingkap anda.

Kainnya juga lebih tebal berbanding langsir biasa. Anda juga boleh menggunakan langsir berganda yang lebih ringan untuk mendapatkan cahaya cerah semula jadi dan pada masa yang sama masih mempunyai privasi yang lebih tertutup pada langsir hadapan. Pemilihan warnanya pula lebih terarah kepada pilihan warna plain yang lebih tebal dan berani. Perincian ringkas padanya dapat menyerlahkan tema kemewahan yang dibawakannya untuk kediaman anda.

Oleh sebab itu, anda perlu menjalankan sedikit kajian tentang faktor-faktor lain seperti pemilihan warna dinding, perabot dan ruang untuk memudahkan anda membuat keputusan yang betul ketika membeli langsir idaman.

Langsir idaman anda seharusnya menyerlahkan aura unik dan tersendiri di setiap ruang rumah. Warna, fabriK dan jenis tetingkap adalah beberapa ciri yang anda perlu teliti sebelum membeli langsir pilihan. Jika anda masih tidak pasti untuk membuat pilihan langsir, anda boleh berhubung dengan pakar dekorasi professional di serata tempat. Kepakaran mereka boleh membantu anda menilai langsir terbaik dan mungkin dapat mengurangkan kos tidak perlu seperti kos kesilapan.

OLE OLE OCTOBER SALES , ONLY RM789 for 3 Rooms + Living Hall

JOM
X
×

Hello!

Welcome to LangsirDD, how can we help you?

× How can I help you?