• Promo@langsirdd.com.my
  • +60 11-6455 8759

MENGENAI KAMI

MENGENAI KAMI

Salam Sejahtera, terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman kami di LangsirDD. Kami disini berbangga dengan slogan kami yang berbunyi ‘Kini Kemampuan Semua’.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pelanggan atau customer kami terdiri daripada kakitangan kerajaan dan 30% daripada swasta. Ramai daripada mereka tinggal di Putrajaya (PPAM, Prima), Cyberjaya (Prima Selangorku), Shah Alam, Rawang, Kajang, Gombak, Cheras, dan Puncak Alam.

Anda mungkin tertanya kenapa kami memberitahu demograpik pelanggan kami. Sebab kami ingin menyakinkan anda bahawa langsir kami bukan sahaja berjenama, berkualiti dan cantik malah sangat mampu dimiliki.

Dengan pengalaman melebihi 10 tahun, kami sangat peka kepada trending, fesyen, design dan juga warna dan kualiti fabrik yang kami impot dari luar negara seperti Turki dan Cina.

Selain dari itu, kami juga mengetahui bahawa setiap konsumer apabila menempah kain langsir, perkara yang pertama yang dipertimbangkan adalah kos langisr dan pada masa yang sama  mereka juga berharap untuk mendapatkan fabrik yang berjenama, kain yang berkualiti, design yang terkini dan akhirnya langsir yang cantik. Kesemua syarat ini kami dapat memenuhi.

Fokus kami adalah KEMAMPUMILIKAN LANGSIR, KUALITI LANGSIR & PENGIKLANAN (dari mulut ke mulut, dan testimoni).

Dengan kain fabrik yang berjenama, design moden bertema Nordic dan Minimalist, warna terbaharu 2021/22, keberatan fabrik minima 230 gram berserta bidang yang lebar, kami yakin dan pasti anda akan rasa puas hati dan bangga untuk memiliki LangsirDD.

Sekian terima kasih sekali lagi.

 
 

OLE OLE OCTOBER SALES , ONLY RM789 for 3 Rooms + Living Hall

JOM
X
×

Hello!

Welcome to LangsirDD, how can we help you?

× How can I help you?