• Promo@langsirdd.com.my
  • +60 11-6455 8759

SOALAN LAZIM

Berapa lama anda dalam bidang langsir ini?

Kami mula beroperasi pada Mac 2010.

Selain daripada langsir, apakah produk yang lain yang anda ada?

Kami sebagai syarikat ID juga menyediakan produk-produk yang lain seperti Blinds tingkap,
Wallcovering, Mural, Wainscoting, Grass carpet, Tinting tingkap, dan SPC flooring

Adakah pakej dan harga langsir anda termasuk kurier atau caj penghantaran?

Kupon kurier PERCUMA sebanyak RM30. Caj kurier yang melebihi RM30 akan ditanggung oleh anda

Berapa lama sebelum saya boleh menerima tempahan saya?

Biasanya anda akan menerima tempahan anda diantara 10-16 hari bekerja pada hari biasa (tanpa PKP).

Apakah perbezaan warna langsir yang dipapar dengan warna langsir yang saya akan terima?

Perbezaan warna adalah diantara 8-10%

Apakah fabrik anda berjenama dan apakah manfaat anda memaparkan berat kain langsir anda?

Fabrik langsir kami adalah daripada material berjenama. Keberatan fabrik kami adalah minima 230 gram.
Material yang berat akan memastikan ia akan jatuh (flow and drape) dengan lebih tersusun dan terletak. incididunt ut quis labore et doliore magna aliqua.

Apakah kelebihan kain fabrik anda yang bidangnya 320cm atau 126 inci ?

Bidang fabrik yang besar itu bagus sebab apabila kain langsir anda digantung pada tingkap atau pintu
sliding, kainnya tidak akan kelihatan bersambung (2 keping kain dijahit ditengah-tengah), tidak Nampak
sempurna.

Jadi bila saya boleh mengunakkan kain fabrik yang bercorak dimana bidangnya kecil?

Fabrik bidang kecil dengan desain hanya sesuai apabila tingkap anda melebihi 10 kaki atau 304cm.

Apakah % langsir Blackout anda?

Kain fabrik blackout kami adalah 90%, tetapi jika anda memerlukan Blackout 4++ (plus), kami juga ada.

Adakah langsir yang saya tempah dengan anda disertai dengan hook (French pleat) atau ring (Eyelet/ Grommet)?

Ya, anda akan menerima langsir anda siap disertai dengan hook (French pleat) atau ring (Eyelet/Grommet).

Jika tingkap saya terdiri daripada 2 panel (daun) , berapa keping saya harus tempah?

Anda cuma perlu tempah 2 panel langsir sebab ukuran panel kami terdiri dari 2 keping langsir

Pembungkusan langsir anda adalah dalam beg plastik atau kotak?

Pembungkusan kami adalah dalam beg plastik.

Bagaimana saya mencuci kain langsir saya?

Anda boleh menggunakan mesin basuh tetapi anda perlu memastikan kapasiti mesin basuh anda
mencukupi. Kami menyarankan anda untuk cuci secara ‘DRY CLEAN’ atau cucian kering

Berapa kerap saya dikehendaki mencuci kain langsir saya?

Jika anda tinggal berhampiran dengan lebuhraya yang sibuk, anda boleh cuci 2 kali setahun, selain
daripada itu anda boleh cuci setiap 12-16 bulan

Apakah cara terbaik untuk menggosok kain langsir saya jika ia berkedut?

Anda boleh samada seterika ataupun stim. Yang digalakkan adalah menggunakan stim untuk gosok sebab ia lebih mudah dan cepat.

Adakah kos langsir berbeza jika saya mahu buat appointment untuk designer datang ke rumah saya sebab saya mahu tempah langsir custom made?

Adakah kos langsir berbeza jika saya mahu buat appointment untuk designer datang ke rumah saya sebab saya mahu tempah langsir custom made?

Saya pernah beli langsir daripada sykt online yg lain. Jika tingkap saya adalah 2 panel, saya dikehendaki menempah 2 set x 2 panel menjadi 4 panel. Ini sebab ukuran langsir mereka adalah mengikut panjang langsir apabila dibentangkan dan bukan mengikut panjang panel tingkap atau pintu sliding.

Jika ukuran tingkap atau pintu sliding anda adalah 2 panel, anda cuma tempah 2 panel langsir daripada kami sahaja. Sebab ukuran 2 panel kami terdiri daripada 2 keping (sepasang) langsir, tidak seperti sykt online yang lain.

Datin Suraya Wangsamaju
Rumah kami kelihatan semakin cantik dengan wajah Baru.
Terimakasih David dan Geng 💐

 

OLE OLE OCTOBER SALES , ONLY RM789 for 3 Rooms + Living Hall

JOM
X
×

Hello!

Welcome to LangsirDD, how can we help you?

× How can I help you?